Cara daftar di 1688 Tahun 2021 mula dari daftar di Taobao dan isi maklumat info yang ikut kad pengenalan adalah penting ,akan cerita di video seterusnya
Cara memang tak susah ,ingat jika anda sudah ada akaun Taobao erti sudah ada akaun 1688 ,tak perlu daftar lagi di 1688
Ada Akaun Taobao
Jika anda belum pernah beli di China tetapi sudah ada pernah daftar akaun Taobao ,jadi tak perlu lagi daftar di 1688.Com kerana
Jika anda ada akaun Taobao erti log in adalah sama saja dengan 1688 dan Alipay kerana 3 ini adalah group Jack Ma
Tak Pernah Daftar Di Taobao
Masih belum pernah daftar di Taobao atau akaun kena suspend dari Taobao maka kena daftar akaun baru
Daftar Akaun 1688.com Guna App Taobao
Jika belum pernah ada akaun mana mana satu 1688 ,Alipay ,Taobao anda boleh rujuk gambar bawah ini dan mula daftar di Taobao
Perlu download 3 App iaitu Taobao 1688 dan Alipay tetapi cuma App Taobao untuk daftar dan selepas daftar akan boleh log in di 1688

Masuk Info Di Taobao
Jika cara beli barang di Taobao memang tak rumit dan ada 2 link di bawah yang bantu anda ,satu panduan beli dari phone dan satu PC
Cuma adakah shipping murah dari Taobao ke rumah ,manakala tahun 2021 jika dropship dari China ke Shopee tetap adalah Pinduoduo gabung Pinduoduo Premium yang murah gila
Tetapi di Taobao sebab kita ada beli barang juga di 1688 jadi ada kaitan yang penting ,yang mana perlu kita buat di bahagian alamat penghantaran nama penerima isi nama yang sebenar
dan juga phone no dan juga bahagian keselamatan kerana ini sangat penting jika akaun ada masalah mereka akan guna info yang kita isi di Taobao
Cara Download App 1688.com
Cara Download App 1688 Untuk Pengguna Android Dan iphone dengan mudah tak perlu sakit kepala adalah terus dari website 1688
Jika pengguna iphone boleh dapat download juga terus dari App Store dan pengguna Android boleh sudah download di Google Play Store
Cara Daftar Akaun 1688.com -PC
Daftar akaun di 1688.com boleh mula daftar di world.taobao.com kerana log in detail di 1688.com dan Taobao adalah sama saja dengan erti kata
2 website ini adalah sama satu boss saja lepas itu klik daftar di bahagian gamabr yang di rujuk

Jika anda tak faham bahasa cina maka di paparan ini boleh klik English untuk memudahkan kerja daftar akaun


Di bahagian bulatan 1 adalah masukan phone no kamu tetapi ingat adalah jika phone no 0102828300 maka dalam petak cuma perlu masuk 102828300
Bulatan 2 adalah menunjukan tekan mouse pad dan slide ke kanan
Bulatan 3 adalah tick di bahagina petak
Bulatan 4 adalah klik Next
Di Bahagina ini saya ada siap isi satu yang lengkap

Bulatan 1 ada nampak akaun phone adalah seperti 60-102628300 ini kena ingat format penting
Bulatan 2 adalah sms yang di hantar kepada phone kamu dan ada 6 digi no kena masukan ke dalam petak ini tetapi perlu ingat jangan lambat masukan yea sebab selepas satu minit akan tidak berfungsi kena hantar balik
Tetapi kadang juga yang kata tidak terima sms code apa yang perlu buat ,dari pengalaman saya jika guna Celcom kadang susah dapat sms code maka jika sudah minta code 2 kali tak terima boleh cuma selepas beberapa jam
Bulatan 3 adalah klik comfirm

Bulatan yang pertama adalah Login nama kamu 0060102628300
Bulatan 2 adaalah nak masukan apa password yang kamu ingin tips dari sini lebih baik adalah huruf besar + huruf kecil dan juga simbol contoh ( SAYAingin1789#&# ) macam ini lebih selamat
Bulatam 3 adalah masuk balik password yang kamu isi di bulatan 2 pasti adalah dalam sama
Bulatan 4 adalah masukan email jika tak ada email boleh daftar gmail percuma saja
Bulatan 5 adalah usernama di sini boleh isi contoh pakarchina897 ( tak perlu panjang panjang ada perkatatan dan no sudah cukup )
Bulatan 6 adalah selepas siap dan klik Submit

Paparan yang di atas adalah yang menunjukan apa yang telah saya isi dengan lengkap akan keluar tanda hijau

Jika anda nampak paparan yang seperti ini Congratulations you have succesfully registered login account maka dengan kata ini
anda telah berjaya daftar akaun di taobao dan juga di 1688.com .Anda boleh cuba juga login di1688 .com dengan detail yang sama di Taobao
FAQ Tentang Daftar Akaun 1688.com
Satu Phone No Boleh Daftar Berapa Akaun ?
Akaun Ada Masalah kena Suspend Bagaimana ?
Bagaimana Jaga Akaun Supaya Tidak Kena Suspend ?
Boleh Tukar No Phone Daftar Di Taobao ?
Jika phone lama tidak active erti kata penukaran tidak akan berjaya