Kenapa Tracking Number Not Found

Beli barang dari China ramai yang takut berlaku adalah Kenapa tak boleh check tracking number .Tracking Not Found dan barang ditahan kastam

Masalah tracking not found ini boleh diselesaikan dengan memahami beberapa info penting dan juga ketahui cara dengan betul

Tracking Not Found

5 Point Tentang Tracking Not Found

Kenapa Tracking Dari China Ke Malaysia Tidak Dapat Track ada 3 jenis keadaan dalam keadaan yang biasa tracking yang di bagi adalah betul dan memang juga ada di post adalah

1. Barang yang bila kita nak pos ke MALAYSIA daripada WAREHOUSE, Barang itu harus dihantar pergi ke kastam di CHINA ( untuk barang biasa ) jika barang sensitive Akan masuk ke HONG KONG untuk membuat declare, selepas buat declare baru lah barang anda akan naik pesawat..

( Macam kita nak pergi luar negara kena ada passport dan beli ticket sebelum masuk pesawat kena masuk ke imigresen check dulu ticket dan passport kita baru naik pesawat ,barang pun begitu juga )

2. Bila barang sudah naik pesawat, barang sudah sampai Malaysia kena juga declare dari kastam Malaysia

3. Bila barang sudah declare di Kastam Malaysia courier ompany ( Abx ,Skynet ,Post Laju, dan Lain Lain ) akan datang ambil barang tersebut dan hantar ke HQ pusat mereka

4. Barang dari pusat kemudian akan dihantar pula ke cawangan-cawangan di seluruh malaysia.

5.Selepas sampai cawangan masing-masing barulah barang akan dihantar mengikut alamat anda..

Jadi ini bermakna, bukan barang yang di post hari ini dan esok akan sampai kepada anda BUKAN ye.. Kerana barang ni ada perjalanan dan akan terhenti di setiap tempat seperti yang saya INFO kan di atas.

Shipping Dari China Ke Malaysia Guna Shopee Ship From Oversea

3 Sebab Kenapa Tracking Number Not Found

Biasanya 3 sebab kenapa tracking no not found yang kita kena pastikan dan ini adalah dalam keadaan yang paling biasa adalah pertama iaitu barang belum declare kastam

1-Barang Belum Declare Kastam

Jika dalam keadaan yang atas tracking tak found adalah sebab biasanya bila member sudah bayar kos shipping dan dalam masa beberapa jam kami akan bagi tacking number dan

Pada masa yang sama jika anda terus track janji 100% akan nampak paparan tracking not found sebab adalah barang belum declare dari kastam maka barang belum naik pesawat maka tentu tak dapat track faham sudah ?

Jadi biasanya jika sudah bagi tracking boleh tracking selepas satu hari kerana kadang barang terlalu banyak barang kerja kerja declare di kastam juga ambil masa

2-Tracking No Salah

Dalam lain lagi satu keadaan juga ada yang berlaku tetapi agak jarang adalah sebab tracking yang di bagi adalah tak betul atau pun salah jadi

selepas satu hari track jawapan masih sama juga adalah tacking not found maka ini adalah masa yang tepat anda perlu cari support anda untuk bertanya adakah tacking number betul

3-Tacking Scam

Ini jarang berlaku tapi juga ada yang tak bertanggung jawap scam dan tipu sebarangan barang tak pos bagi satu tracking number sebarangan jadi anda track satu hari pun tak ada lepas

cari support macam macam alasan ini adalah jenis yang tak bertanggung jawab tetapi di Pakar Import China anda tak perlu bimbang keadaan ini tidak akan berlaku

Jadi ini adalah detail tentang kenapa tracking not found dan saya harap anda semua sudah faham selepas baca pos ini dan jika nak belajar semua rahsia beli barang dari Pakar Import China boleh juga follow

Cara Tracking Barang Dari China

Cara mengesan lokasi barang dari China ke Malaysia Sebelum ni dah belajar cara kesan lokasi terkini barang yang anda beli dari kilang ke warehouse China.

Jadi sekarang bila barang dah sampai ke warehouse dan sudah di bungkus untuk dihantar ke alamat rumah anda di Malaysia, anda mesti nak tahu macam mana nak cek lokasi barang anda. Betul tak?

Pakar Import China akan menerangkan cara-cara untuk mengesan lokasi terkini barang anda mengikut cara shipping yang anda pilih.

Penghantaran Barang Melalui Kapal Terbang

Untuk penghantaran melalui udara, anda akan diberikan tracking number oleh support dan anda boleh tracking barang Setelah barang anda sampai kepada courier tempatan, oleh cek barang anda melalui SkyNet Tracking ataupun abxexpress tracking

Bagaimana nak tahu barang telah dipindahkan ke courier tempatan? Senang saja. Apabila anda cek melalui website tracking Malaysia, lokasi terkini yang ditulis adalah move to hub ataupun departed to hub.

Itu bermaksud anda harus mengesan lokasi melalui courier tempatan samada Skynet ataupun abx.Jangkaan untuk barang sampai ke tangan anda adalah dalam masa 3-5 hari bekerja (west malaysia) dan 7-10 hari waktu bekerja (east malaysia).

Penghantaran Barang Melalui Kapal Laut

Penghantanran laut ada 2 jenis iaitu sea small parcel dan laut .2 ini ada beza iaitu untuk barang mungkin dalam 1-2 kotak biasa guna sea small parcel dan kuantiti besar dan banyak adalah guna laut

Small Parcel Sea Freight

Untuk sea small parcel, masa penghantaran dari China ke Malaysia adalah 21-25 hari waktu bekerja. Anda akan diberikan tracking number oleh support tapi anda hanya boleh mengesan lokasi barang anda semasa di darat sahaja.

Maksudnya anda akan Nampak lokasi terakhir barang anda adalah sebelum menaiki kapal. Semasa dalam perjalanan, tiada sebarang update kerana barang masih di tengah laut.

Sebaik sahaja barang sampai ke Malaysia, boleh cek barang melalui Web rasmi abxexpress Jadi anda harus membuat anggaran sendiri bila barang anda bergerak dari China dan jangkaan untuk barang anda sampai.

Sea freight

Untuk perjalanan melalui laut, masa penghantaran adalah 21-25 hari waktu bekerja dan tiada tracking number. Barang akan dihantar oleh pemandu lori ke alamat anda bila telah sampai di Malaysia dan kebiasaannya mereka akan call anda. Jadi sila pastikan anda menjawab panggilan telefon anda

Cara untuk mengesan lokasi barang adalah bergantung kepada cara shipping yang anda pilih. Jadi jangan tanya tracking number untuk laut kerana memang tiada kecuali sea small parcel. Yang ni memang ada tapi hanya boleh dikesan bila sudah sampai di Malaysia.

By admin

Full Time Online Business Sejak Tahun 2008 Dan Pakar Dalam Bidang Import Barang Dari China Facebook Ads Adword Wordpress Digital Marketing

Leave a Reply