1688 App Download for Android

Ramai yang tak tahu yang mana satu App 1688.com untuk hp. Betul tak? Ramai juga yang tersilap download app. Jadi disini admin akan kongsi 1688 app download untuk iphone dan juga android.

Mesti ada yang tanya, boleh ke order melalui hp? Untuk masukkan dalam cart, ye boleh. Tapi untuk ask someone to pay, anda masih kena guna laptop. Jadi apa guna download app 1688.com di hp?

Jangan tak tahu, ada banyak kegunaannya. Antaranya ialah anda boleh chat dengan seller tanpa perlu install wangwang. Hanya melalui app ini sahaja,

Anda boleh terus tanya stock barang dengan mereka, tanya tracking, boleh deal dengan mereka dan banyak lagi. Anda juga boleh check samada seller ada message anda ataupun tidak. Menarik kan?

Tapi yang pastinya anda kena guna google translate. Leceh? Tak leceh pun kalau boleh menyenangkan anda dikemudian hari. Mana lagi leceh.

Dah order, buat bayaran tapi seller tak pos. Nak chat dengan seller, kena buka laptop pulak. Install wangwang lagi. Banyak kerja kena buat.Tapi kalau dah ada app ni di hp, anda hanya perlu buka app ni dan terus message seller. Cuma perlu guna google translate sahaja.

Lagi senang kalau sebelum beli anda dah chat siap-siap. Ada apa-apa masalah dengan tracking, anda boleh terus tanya seller. Anda pun tak pening kepala. Betul tak?

Jadi bagaimana nak download app ni? Senang sahaja. Untuk pengguna iphone, anda boleh download di app store dan untuk android di 3g.1688.com. Caranya, anda buka google di hp dan taip 3g.1688.com.

Anda hanya perlu click icon Android dan download. Dah siap download, anda buka folder download di hp anda dan click install. Dah siap. Senang kan?

1688 App Download

Panduan 1688 Tahun 2021 Anda ingin ketahui rahsia1688 ? Pakar Import China adalah orang Pertama Bongkar cara beli barang di 1688 Di Malaysia Dan Indonesia pada tahun 2015 dan sekarang sudah masuk ke Tahun 6.

By admin

Full Time Online Business Sejak Tahun 2008 Dan Pakar Dalam Bidang Import Barang Dari China Facebook Ads Adword Wordpress Digital Marketing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *