Pinduoduo vs 1688 vs Taobao 2018

Lubuk shopping China yang paling hot sudah kah anda cuba beli barang ? Macam mana dengan perbezaan harga almari Hello Kitty yang admin share sebelum ni? Belum puas hati? Takpe kali ni admin share pula perbezaan harga kasut kegemaran ramai iaitu Nike. Jum kita tengok berapa perbezaan harga di antara Taobao dengan Pinduoduo.

Pinduoduo vs 1688

Manakala ini pula harga kasut yang sama di Taobao iaitu sebanyak 133 yuan dengan kos pos percuma dari seller ke warehouse. Perbezaan harga yang sangat ketara bukan?

Taobao Nike

Tak puas hati lagi? Jum kita tengok kasut kat bawah ni pula. Ini merupakan harga kasut di Pinduoduo iaitu hanya sebanyak 35.1 yuan sahaja! Wow. Jum tengok harga kasut yang sama di 1688.com.

Harga Nike Pinduoduo 35.10 Yuan

Ini pula merupakan harga kasut yang sama di 1688.com. Berapa? 72 yuan! Wow banyak tu beza harga.

Harga Kasut Nike 1688 72 Yuan

Ini pula adalah harga yang saya bayar untuk kasut ini di Pinduoduo iaitu sebanyak 49.4 yuan. Tadi harga 35.1 yuan kan? Tapi saya bayar 49.4 yuan. Mesti ada yang mahu tahu kenapa kan. Ini kerana setiap seller ada meletakkan target masing-masing.

Jika barang mereka mampu dijual mengikut kuantiti target yang ditetapkan, harga yang pembeli akan dapat ialah 35.1 yuan. Tapi jika tidak mencapai target kuantiti yang mereka mahu, harga adalah 49.4 yuan. Tapi walaupun begitu, harga yang ditawarkan masih ketara perbezaanya dengan 1688.com. Betul tak?

Mari kita tengok produk jenama yang terkenal Bertha yang seterusnya. Pinduoduo menawarkan harga sebanyak 55 yuan untuk produk ini dengan kos pos percuma ke warehouse. Anda pasti terkejut jika anda tengok harga produk yang sama di Tmall .Nak tahu? Jum tengok gambar seterusnya.

 Ini pula adalah harga produk tadi di Tmall . OMG 138 yuan! Perbezaan harga yang gila-gila ketara. Bayangkan berapa banyak anda boleh jimat kalau beli melalui Pinduoduo! 

Walaupun sekarang ada offer besar besaran 11 Nov 2018 tetapi harganya masih mahal jika di bandingkan dengan Pinduoduo. lagi ini adalah web resmi jenama Bertha di Tmall selepas diskaunt harga paling rendah adalah 89 yuan jadi ada nampak ketara beli di mana lebih murah 

Bagaimana? Anda nampak beza harga antara Pinduoduo dengan Taobao dan 1688? Sangat ketara bukan? Anda boleh buat untung berlipat kali ganda melalui Pinduoduo. Siap boleh beli lebih lagi dengan beza harga yang Pinduoduo tawarkan.

Mesti anda pelik macam mana Pinduoduo boleh tawarkan harga yang jauh lebih murah dari 1688 kan? Sedangkan 1688 adalah kilang. Ini kerana seller dalam Pinduoduo ada yang terdiri dari kilang sendiri dan ada juga independent distributors. Mereka menggunakan konsep borong, beli secara pukal dan menetapkan target kuantiti yang mereka mahukan untuk setiap barang.

Bukan tu je, mereka menggunakan fungsi WeChat bagi membolehkan pengguna memasarkan produk tersebut untuk menarik lebih ramai pembeli. Dengan adanya fungsi Wechat Moment dan Wechat Group, sekejap je produk tersebut akan viral dan tarik lebih ramai pembeli. Dalam masa yang singkat, akan cecah target kuantiti yang mereka mahukan. Betul tak?

Jadi bagaimana pula dengan kualiti? Tentang kualiti, sama dengan 1688 dan Taobao, ada seller yang menawarkan kualiti yang bagus dan ada yang kurang bagus. Begitu juga dengan Pinduoduo.

By admin

Full Time Online Business Sejak Tahun 2008 Dan Pakar Dalam Bidang Import Barang Dari China Facebook Ads Adword Wordpress Digital Marketing

Leave a Reply