1688 vs Alibaba

Update Terkini June 14th, 2021.Topik 1688 vs Alibaba -kepada yang buat bisnes dropship atau borong tentu ingin ketahui ada perbezaan yang ketara beli barang dari 2 website
Saya pasti Alibaba ramai memang sudah ketahui – sebuah syarikat yang sangat terkenal di dunia. 1688.com adalah anak syarikat Alibaba di China.

Apa itu 1688

1688 vs Alibab
Laweb Web 1688.Com

Jack Ma mengasaskan laman web 1688 pada tahun 1999, 1688.com adalah laman web borong terbesar di China salah satu laman web borong yang paling popular untuk orang Cina.Merupakan platform e-dagang perniagaan terkemuka di China untuk perdagangan domestik.

Sebagai anak syarikat Kumpulan Alibaba, 1688 mewakili kepentingan perusahaan dalam sistem e-dagang CBBS, memberi peluang kepada puluhan juta pembeli dan pembekal di seluruh dunia untuk memberikan maklumat dan transaksi dalam talian yang mudah dan selamat.

Di 1688 kebanyakan adalah kilang. Wajib ada lesen perniagaan untuk menjual produk mereka di 1688.com. juga perlu membayar yuran keahlian tahunan sebanyak 6888 Yuan untuk membuktikan mereka ini benar benar ingin buat perniagaan dan bukan penipu

Walaupun 1688 dan Alibaba adalah dari group Jack Ma tetapi 1688 vs Alibaba tetap ada perbezaan yang ketara bila beli barang dari 2 website

Saya pasti Alibaba ramai memang sudah ketahui – sebuah syarikat yang sangat terkenal di dunia. 1688.com adalah anak syarikat Alibaba di China.

1688 hanya untuk pasaran domestik China web dalam bahasa Cina sahaja .Ramai ahli perniagaan China menggunakan 1688.com untuk dropship di Taobao Pinduoduo Wechat dan juga lain lain web688

Apa Itu Alibaba

Alibaba adalah salah satu syarikat e-dagang terbesar di dunia. Pada tahun 2020, ia juga dinilai sebagai syarikat kelima terbesar dalam kecerdasan buatan Artificial Intelligence)

Ia juga merupakan salah satu syarikat modal teroka terbesar, dan antara syarikat pelaburan terbesar di dunia.Syarikat ini menempatkan pasar B2B (Alibaba.com), C2C (Taobao), dan B2C (Tmall) terbesar di dunia.

Anda Mungkin Juga Minat

Apakah Perbezaan Di Antara 1688 vs Alibaba

Ada 4 point yang paling ketara 1688 vs Alibaba dan ini adalah dari admin beberapa tahun buat review dari pengalaman berikankan anda tips paling berharga

1-Pasaran Domestik Dan Antarabangsa

Perbezaan yang paling ketara antara keduanya ialah 1688 terutamanya untuk pasaran domestik dan Alibaba adalah untuk antarabangsa.

2-Laman Web Bahasa China Dan English

Laman web 1688.com adalah dalam bahasa Cina sesuai untuk pasaran China. Oleh itu sehingga sekarang tak ada laman web 1688 versi Bahasa Inggeris

Namun Alibaba.com adalah platform antarabangsa anda boleh layari dalam beberapa bahasa yang berlainan di seluruh dunia.Ia boleh dibaca dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Jerman, Itali, Rusia, Korea, Jepun, Thai, Turki, Arab, Indonesia, Ibrani, Belanda, Vietnam dan Portugis.

3-Mata Wang Yuan Dan Usd

Bayaran di 1688 adalah terima Yuan kerana pasaran ditentukan di China manakala Alibaba bayaran adalah dalam Usd .Penting untuk diperhatikan bahawa pembekal tidak menerima Usd. Mereka hanya menerima Renminbi (RMB atau CNY).Manakala Alibaba adalah menerima Usd jadi sangat ketara dari segi matawang mana yang lebih murah jika beli barang

4-Runcit Dan Borong

MOQ ( Minimum Order Quantity ) Kuantiti Pesanan Minimal adalah penjual yang menentukan stok pembelian terendah jika Pembeli tidak dapat membeli dengan minimal terendah yang ditentukan maka penjual berhak tak jual kepada anda

Contoh rompers di Alibaba tentukan pesanan terendah 100 helai dengan harga USD 3.5 maka anda kena beli sekurang kurang 100 helai tetapi Pembelian di 1688 walaupun kebanyakan MOQ mula dengan 3 tetapi hampir 99% boleh membeli dengan MOQ serendah satu unit sahaja

Pada tahun 2o16 bila pertama kali saya bongkar 1688 di Malaysia ramai yang menyatakan adalah web saya sebab pada masa itu semua cuma tahu Taobao tetapi sekarang sudah masuk tahun 2019 dan agak ramai tahu web 1688

Dropship 1688 Pinduoduo Shopee

Ini adalah sesuatu yang anda ingin tahu ? kenapa shipping shopee begitu murah ? kenapa produk di shopee begitu murah gila ? Bagaimana mereka untung dan sebagai dropship bagaimana boleh bersaing harga dengan seller Shopee dropship 1688 pinduoduo ke shopee

cara dropship 1688
Panduan 1688

Dapatkan berita terkini terus ke email anda termasuk rahsia 1688 Pinduoduo Shipping murah untuk membantu anda belajar cara terkini dalam bisnes dropship dengan berjaya

By admin

Full Time Online Business Sejak Tahun 2008 Dan Pakar Dalam Bidang Import Barang Dari China Facebook Ads Adword Wordpress Digital Marketing

Leave a Reply