Ask Some One To Pay 2019

Tahun 2021 ingin belajar cara buat ask someone to pay 1688 dengan cara yang betul dan tepat bila beli barang di 1688

Pembayaran di 1688 menggunakan pilihan ‘ask someone to pay’ untuk membuat bayaran bagi pihak anda.

Cara Buat Ask Some One To Pay 1688 Langkah Demi Langkah

1-Pilih barang yang anda ingin beli dan masukkan ke dalam troli. Sila pilih ‘add to cart’ kerana anda perlu menggunakan ‘ask someone to pay’ jadi tidak boleh terus buat bayaran.

Sebelum menekan butang ‘add to cart’, pastikan anda menggunakan bahasa cina kerana kadang-kadang butang ‘add to cart’ tidak ada ataupun tidak jelas jika anda menggunakan bahasa lain selain bahasa cina.

Jika anda hanya beli dari satu seller dan satu produk anda tak perlu add dalam troli dan boleh terus klik button oren bayar

2-Paparan ini akan keluar apabila anda telah berjaya memasukkan barang yang anda kehendaki ke dalam troli.

3-Jika anda ingin membuat bayaran, sila tekan pilihan troli pada bahagian atas website 1688. Sila rujuk gambar di bawah.

4-Semasa ingin membuat pilihan untuk bayaran ‘ask someone to pay’, pastikan anda hanya memilih 1 kilang sahaja pada 1 masa. Anda sama sekali TIDAK DIBENARKAN untuk menggabungkan kesemua kilang untuk membuat bayaran.

5-Jika anda perhatikan di bahagian bawah terdapat warna oren terang yang menunjukkan jumlah bayaran untuk kilang tersebut. Sila tekan butang tersebut untuk meneruskan bayaran.

Sila pastikan anda menggunakan bahasa cina untuk melihat jumlah bayaran kerana kadang-kadang jika anda menggunakan bahasa lain, jumlah barang tidak akan kelihatan.

6-Anda akan dibawa ke paparan ini dan disini anda hanya perlu menekan butang submit order sahaja.

Tapi sila pastikan shipping cost pada bahagian sebelah kanan website kerana kadang-kadang ada seller yang tidak meletakkan kos shipping. Jadi anda perlu menghubungi mereka melalui aliwangwang bagi mendapatkan kos shipping.

Anda hanya perlu nyatakan barang dan kuantiti barang yang dibeli beserta alamat warehouse. Kilang akan memberikan jumlah kos shipping dan anda hanya perlu mengisi mengikut jumlah yang diberikan.

7-Anda hanya perlu memilih alipay dan menekan butang ‘go to pay’.

8-Seterusnya anda akan dibawa ke paparan ini. Apa yang anda perlu lakukan ialah memilih butang ‘ask someone to pay’ di bahagian atas sebelah kanan website.

9-Di bahagian ini, anda hanya perlu mengisi email sabahvacation.com@gmail.com dan kod yang diberikan. Jika kurang jelas, anda boleh menukar kod tersebut.

Paparan ini menunjukkan bahawa anda telah berjaya melakukan pembelian menerusi ‘ask someone to pay’.

PERHATIAN!
Jika selepas anda menekan butang ‘ask him to pay’, paparan skrin anda menunjukkan paparan seperti di bawah, jangan panik. Anda hanya perlu scan code yang dipaparkan menggunakan apps alipay yang boleh di muat turun dari playstore ataupun log in akaun seperti biasa menggunakan username dan password yang sama dengan 1688. Setelah itu, anda boleh meneruskan proses ‘ask someone to pay’ seperti biasa.

Senang kan? Siapa cakap anda tak boleh buat? Semua orang boleh buat! Macam makan kacang saja. Dah boleh buat sendiri, tak perlu lah suruh orang buatkan lagi hihi. Selamat memborong!