Saya Bongkar Rahsia Kenapa Seller Di Wechat Tidak Layan Kamu ?

Mesti ramai kan yang berminat nak beli di wechat tapi selalu tak lepas. Kenapa??? Ni mesti kerana seller wechat layan tak layan kan. Yelah tanya sepatah jawab sepatah. Kadang-kadang dah berpatah-patah tanya tapi satu pun seller tak balas.

Adoiiii baru je niat nak berniaga. Baru je ingat nak mintak diskaun sikit. Ingatkan boleh lah dapat murah sikit boleh untung lebih. Haaa itulah silapnya kamu. Selalu fikir untung. Belinya belum tapi otak dah fikir nak keluar modal ciput je tapi nak untung juta-juta.

Tak boleh macam tu. Kamu nak tambat hati orang pun ada step by step. Betul tak? Jangan risau. Saya akan BONGKAR RAHSIA step by step macam mana nak jadi kamceng dengan seller wechat.

Benda yang paling penting kamu kena ingat jika kamu BELUM PERNAH beli. Jangan sesekali tanya seller soalan-soalan seperti ini:

-Barang ni original ke?
-Kualiti macam mana?
-Ye ke? Betul ke original?
-Barang ni guna material apa ye?
-Ini berapa harga? Yang tu pulak macam mana?

Kalau kamu mahu tahu. Ini antara soalan-soalan yang buat seller benci. Perumpamaannya senang saja. Macam kamu suka sama satu perempuan ni. Kamu nak jadikan dia girlfriend kamu tapi belum kenal lagi. Baru hari pertama jumpa. Kamu sudah tanya dia macam-macam. Kamu suka makan apa? Siapa nama baba kamu? Siapa nama nenek? Saya nak kahwin dengan kamu boleh tak? Kamu ada berapa ramai kawan? Soalan-soalan macam ni boleh buat kamu dibenci. Tak pasal-pasal kena reject. Kan susah tu.

Saya Akan Bongkarkan SEMUA RAHSIA BELI BARANG DARI CHINA 100%

Lubuk 5 In 1 1688.Com + Wechat + Yupoo + Weidian + 2.Taobao

Lubuk Barang Branded Dari A – Z

Info lLanjut Boleh Terus ke WEBSITE https://pakarimportchina.com

Nak Tips Rahsia ? WhatsApp www.wasap.my/60128782368

Ok faham ye? Jadi saya sambung lagi. Apa lagi yang boleh buat seller di wechat tak layan kamu? Mereka memang confirm takkan layan kalau kamu BELUM BELI tapi sudah tanya soalan-soalan macam ni:

-Boleh diskaun tak?
-Jika saya ambil 10, dapat diskaun berapa?
Seller paling benci soalan-soalan ni. Kamu kena take action dulu. Macam mana tu? Senang je. Kamu beli dulu satu ke dua ke produk mereka supaya kamu boleh pikat mereka dulu. Jangan buat seller benci kamu.

Kamu tanya soalan yang penting saja dan beli dulu. Contohnya bila kamu dah confirm nak beli yang tu. Memang berkenan sungguh la dengan barang tu. Haaa baru boleh tanya seller. Tapi jangan la melalut tanya soalan yang takde kena mengena. Kamu tanyalah yang ni ada stok ke? Jika ada, kamu bagi detail (alamat warehouse) supaya mereka tahu kena hantar ke mana dan minta jumlah bayaran lepas tu terus order. Buat bayaran. Yang macam ni seller suka.

Jangan tiap-tiap hari tanya macam-macam soalan. Tanya pulak soalan-soalan remeh. Kenapa langit warna biru? Kenapa rumput warna hijau? Tapi belinya tak.

Ok ni final point ye. Bila seller dah jadi girlfriend kamu. Maksudnya kamu dah selalu order. Sudah jadi rapat. Haaa masa ni barulah boleh tanya soalan siapa nama nenek, kenapa langit warna biru. Dah boleh tanya dah soalan-soalan macam ni. Ok?

Jadi jika kamu mahu beli di wechat, jangan lupa praktikkan apa yang saya ajar ye. Banyak kelebihan bila kamu dah kamceng dengan seller di wechat. Bila dah rapat, kamu belum mintak diskaun lagi mereka dah bagi siap-siap. Bila dah macam ni, nak berniaga pun senang. Betul tak?

Lubuk Supplier China WhatsApp 0128782368

Author: admin

Full Time Online Business Sejak Tahun 2008 Dan Pakar Dalam Bidang Import Barang Dari China Facebook Ads Adword Wordpress Digital Marketing

Leave a Reply